Site icon TechNave BM

DBKL tawarkan kadar khas untuk kompaun tertunggak sehingga 29 Februari 2024

Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan kadar khas bagi kompaun kesalahan trafik dan am yang tidak melibatkan warga asing. Kadar khas ini akan ditawarkan dalam tempoh 1 hingga 29 Februari 2024.

Warga Kuala Lumpur boleh semak dan bayar kompaun kesalahan mereka melalui aplikasi Pay @ DBKL. Untuk kesalahan trafik, kadar khas yang ditawarkan oleh DBKL adalah:

Untuk kesalahan-kesalahan am melibatkan penjaja dan lesen, kadar khas yang diberi oleh DBKL adalah RM100.

Perlu diingati bahawa kadar khas ini tidak boleh diguna untuk:

Beritahu kami di Facebook jika kadar khas ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version