More

    DBKL tawarkan kadar khas untuk kompaun tertunggak sehingga 29 Februari 2024

    Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan kadar khas bagi kompaun kesalahan trafik dan am yang tidak melibatkan warga asing. Kadar khas ini akan ditawarkan dalam tempoh 1 hingga 29 Februari 2024.

    Warga Kuala Lumpur boleh semak dan bayar kompaun kesalahan mereka melalui aplikasi Pay @ DBKL. Untuk kesalahan trafik, kadar khas yang ditawarkan oleh DBKL adalah:

    • Motosikal: RM10
    • Kereta, MPV dan lori kecil: RM20
    • Bas dan lori: RM50

    Untuk kesalahan-kesalahan am melibatkan penjaja dan lesen, kadar khas yang diberi oleh DBKL adalah RM100.

    Perlu diingati bahawa kadar khas ini tidak boleh diguna untuk:

    • Kesalahan-kesalahan yang telah disenarai hitam
    • Kesalahan-kesalahan kes am di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan UUK Pasar Borong (WPKL) 2002
    • Kesalahan mengambil bekerja mana-mana warga asing tanpa permit kerja yang sah, bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016
    • Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003, Akta Hiburan (WPKL) 1992) dan Akta (Perancangan) WP 1982
    • Kesalahan berkaitan kelulusan bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

    Beritahu kami di Facebook jika kadar khas ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured