Site icon TechNave BM

Dell XPS 13 dilancar di Malaysia: Komputer riba ringan dengan Snapdragon X Elite bermula RM6,999

Dell Malaysia telah melancarkan komputer riba Dell XPS 13, sebuah komputer riba dengan reka bentuk ringan serta dilengkapi pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) Copilot+. Ia merupakan komputer XPS pertama yang dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon X Elite bagi menjana prestasi AI yang tinggi serta penggunaan bateri yang cekap.

Ia dilengkapi skrin OLED berukuran 13.4 inci dengan resolusi sehingga 3K, dan ia terdapat dalam varian skrin sentuh. Skrinnya dibuat daripada kaca Corning Gorilla Glass 3 untuk ketahanan yang tinggi terhadap kesan calar atau retak.

Pilihan warna Graphite
Pilihan warna Platinum

Badannya mempunyai ketebalan 14.8mm dan berat 2.6 paun (1.18kg) sahaja, membuatkannya mudah dibawa ke mana-mana. Ia dibina dengan aluminium yang dibentuk melalui proses CNC untuk menghasilkan rekaan yang teguh dan ringan.

Komputer ini juga dibina dengan bahan kitar semula sebanyak 20%, terdiri daripada aluminium dan kaca yang dikitar semula. Pembungkusannya juga dibina dengan bahan yang boleh dikitar semula.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Dell XPS 13:

Layari laman web Dell Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version