More

    Dell XPS 13 dilancar di Malaysia: Komputer riba ringan dengan Snapdragon X Elite bermula RM6,999

    Dell Malaysia telah melancarkan komputer riba Dell XPS 13, sebuah komputer riba dengan reka bentuk ringan serta dilengkapi pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) Copilot+. Ia merupakan komputer XPS pertama yang dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon X Elite bagi menjana prestasi AI yang tinggi serta penggunaan bateri yang cekap.

    Ia dilengkapi skrin OLED berukuran 13.4 inci dengan resolusi sehingga 3K, dan ia terdapat dalam varian skrin sentuh. Skrinnya dibuat daripada kaca Corning Gorilla Glass 3 untuk ketahanan yang tinggi terhadap kesan calar atau retak.

    Pilihan warna Graphite
    Pilihan warna Platinum

    Badannya mempunyai ketebalan 14.8mm dan berat 2.6 paun (1.18kg) sahaja, membuatkannya mudah dibawa ke mana-mana. Ia dibina dengan aluminium yang dibentuk melalui proses CNC untuk menghasilkan rekaan yang teguh dan ringan.

    Komputer ini juga dibina dengan bahan kitar semula sebanyak 20%, terdiri daripada aluminium dan kaca yang dikitar semula. Pembungkusannya juga dibina dengan bahan yang boleh dikitar semula.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Dell XPS 13:

    • Skrin 13.4 inci dengan tiga varian resolusi: FHD+ (1920×1200), QHD+ (2560×1600) atau 3K OLED (2880×1800)
    • Pemproses Qualcomm Snapdragon X1 Elite (12 teras, kelajuan clock sehingga 3.4GHz, Dual-Core Boost sehingga 4.0GHz)
    • RAM LPDDR5x 16GB, 32GB atau 64GB
    • Storan SSD PCIe 4 berkapasiti 512GB, 1TB, 2TB atau 4TB
    • Bateri 55Whr
    • Pengecasan 60W melalui port USB-C
    • Port USB 4 Type-C dengan DisplayPort 2.1 dan Power Delivery
    • Empat pembesar suara dengan Dolby Atmos
    • Kamera webcam 1080p
    • Qualcomm FastConnect 7800 Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4
    • Sistem operasi Windows 11 Home atau Windows 11 Pro
    • Harga: Bermula RM6,999

    Layari laman web Dell Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured