DHL Express Malaysia akan menaikkan harga dengan kadar purata 4.9%, sementara bayaran tambahan untuk barangan yang berlebihan menjadi RM410 setiap satu dan palet yang tidak dapat disusun secara bertingkat akan dikenakan caj RM840 setiap palet mulai Januari 2022.
Ini merupakan sebahagian daripada penyesuaian harga tahunannya selepas mempertimbangkan inflasi, dinamik mata wang dan pembiayaan pentadbiran. Tambahan, pembiayaan pentadbiran merangkumi peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang sentiasa diperbaharui oleh pihak berkuasa nasional dan antarabangsa di lebih daripada 220 negara dan wilayah yang meggunakan khidmat DHL Express.
Menurut Pengurus DHL Express Malaysia & Brunei, Julian Neo, perubahan ini dapat meningkatkan infrastruktur menjadi lebih baik serta menerapkan teknologi canggih dan memastikan pelanggan mendapat pangalaman khidmat penghantaran terbaik.
Disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam penghantaran barang pasar e-commerce, mereka telah melabur banyak dalam pembaharuan pengangkutan untuk memperluas jaringan hub dan menerokai gerbang global.
DHL Malaysia meningkatkan kapisiti secara keseluruhannya atas permintaan pengiriman dan penghantaran yang sangat tinggi. Usaha ini membolehkan syarikatnya untuk terus berkembang dan memberikan servis penghantaran yang terbaik.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: DHL Express Malaysia

