More

    DHL Malaysia menaikkan kadar harga 4.9% pada Januari 2022

    DHL Express Malaysia akan menaikkan harga dengan kadar purata 4.9%, sementara bayaran tambahan untuk barangan yang berlebihan menjadi RM410 setiap satu  dan palet yang tidak dapat disusun secara bertingkat akan dikenakan caj RM840 setiap palet mulai Januari 2022.

    Ini merupakan sebahagian daripada penyesuaian harga tahunannya selepas mempertimbangkan inflasi, dinamik mata wang dan pembiayaan pentadbiran. Tambahan, pembiayaan pentadbiran merangkumi peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang sentiasa diperbaharui oleh pihak berkuasa nasional dan antarabangsa di lebih daripada 220 negara dan wilayah yang meggunakan khidmat DHL Express.

    Menurut Pengurus DHL Express Malaysia & Brunei, Julian Neo, perubahan ini dapat meningkatkan infrastruktur menjadi lebih baik serta menerapkan teknologi canggih dan memastikan pelanggan mendapat pangalaman khidmat penghantaran terbaik.

    Disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam penghantaran barang pasar e-commerce, mereka telah melabur banyak dalam pembaharuan pengangkutan untuk memperluas jaringan hub dan menerokai gerbang global.

    DHL Malaysia meningkatkan kapisiti secara keseluruhannya atas permintaan pengiriman dan penghantaran yang sangat tinggi. Usaha ini membolehkan syarikatnya untuk terus berkembang dan memberikan servis penghantaran yang terbaik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DHL Express Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...