Site icon TechNave BM

Digi umum pelan untuk pra-tempah siri Samsung Galaxy S21, serendah RM218 sebulan

Selepas pelancaran siri Samsung Galaxy S21, pastinya khabar yang dinanti-nantikan adalah berita mengenai pra-tempah atau pelan ansuran. Samsung telah membuka pra-tempahan, manakala Digi kini mengumumkan pra-tempah siri Samsung Galaxy S21 melalui pelannnya.

Menurut Digi, anda boleh membuat pra-tempah dan mendapatkan siri Samsung Galaxy S21 bermula hari ini pada harga serendah RM218 sebulan (bersama pelan Digi PostPaid 80 dengan GBoost). Setiap pra-tempahan pula melayakkan anda mendapat hadiah percuma bernilai RM1,317 termasuk Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag dan Wireless Charger Trio. Anda boleh melihat maklumat lanjut pelan ansuran dan membuat pra-tempah di laman Digi.

Terdapat juga tawaran seperti kelayakan menaik taraf peranti percuma selepas bulan ke-20 membeli peranti melalui pelan ini dan pelan perlindungan Digi Shield untuk peranti anda.

Anda boleh menyemak spesifikasi siri Samsung Galaxy S21 pada berita lepas atau di pautan ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version