Site icon TechNave BM

[Dikemas kini] AnTuTu: Inilah 10 ‘flagship’ dan kelas pertengahan Android paling berkuasa bulan Jun 2020!

[Kemas kini, 8 Julai 2020] Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai senarai teratas 10 peranti kelas flagship dan kelas pertengahan yang berkuasa pada bulan Jun 2020 di pasaran China.

AnTuTu kini telah mengeluarkan senarai teratas 10 peranti kelas flagship dan kelas pertengahan yang berkuasa pada bulan Jun 2020 di pasaran global. Gambar di bawah menunjukkan One Plus 8 Pro sebagai flagship kedua paling berprestasi (menggantikan Mi 10 Pro di pasaran China). Terdapat beberapa perbezaan pada senarai di pasaran global dan pasaran China.

Terkini, aplikasi ujian penanda aras terkenal AnTuTu telah memuat naik sebuah perkongsian di laman Weibo. Perkongsian tersebut memaparkan senarai teratas 10 peranti kelas flagship dan kelas pertengahan yang berkuasa pada bulan Jun 2020 di pasaran China.

Untuk pengetahuan anda, keputusan yang dipaparkan oleh AnTuTu ini adalah berdasarkan statistik dari 1 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020. Melihat kepada senarai flagship Android, OPPO Find X2 Pro yang dijana cipset Snapdragon 865 mendahului dengan markah 608049, disusuli dengan Xiaomi Mi 10 Pro di tempat kedua dan OPPO Find X2 di tempat ketiga.

Dalam kategori peranti kelas pertengahan pula, Redmi 10X Pro 5G yang dijana cipset Dimensity 820 mendahului dengan markah 402092, disusuli dengan OPPO Reno3 5G di tempat kedua dan Redmi 10X 5G di tempat ketiga.

Sebagai maklumat, OPPO Find X2 Pro telah hadir di Malaysia. Namun, Redmi 10X Pro 5G masih belum hadir di pasaran Malaysia. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version