(Video ‘Unboxing’) OPPO Find X2 Pro dengan paparan AMOLED 120Hz dan Snapdragon 865 kini hadir di Malaysia

Siri OPPO Find X2 yang menampilkan Find X2 dan Find X2 Pro kini dilancarkan di Malaysia. Spesifikasi yang menonjol dalam siri flagship OPPO kali ini adalah paparan 1440p QHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan jangkaan prestasinya yang hebat. OPPO Find X2 hadir dengan harga RM3,999, manakala OPPO Find X2 Pro berharga RM4,599.

Sebagai salah satu siri peranti yang dikuasai cipset Snapdragon 865, gabungan teknologi Ultra Vision Engine menambahkan lagi prestasi peranti. Perbezaan yang ketara di antara Find X2 dan varian Pro adalah dari segi bateri, ROM dan kamera sahaja. Perbandingan spesifikasi dengan lebih lanjut boleh dilihat pada pautan ini. Untuk melihat reka bentuk peranti dengan lebih jelas, jom tonton video kami menyelongkar kotak OPPO Find X2 Pro di bawah!

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk video-video telefon pintar terkini.