Site icon TechNave BM

Diskaun istimewa sehingga RM100 untuk GoPro HERO sempena musim perayaan

Musim perayaan ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan GoPro HERO dengan harga istimewa hanya RM899 (harga asal RM999). Promosi ini berlangsung dari 9 hingga 15 Disember dan 23 hingga 31 Disember di semua pengedar sah GoPro di Malaysia.

GoPro HERO hadir dengan reka bentuk yang ringan, tahan lasak dan dilengkapi bateri Enduro terbina dalam sesuai untuk merakam detik-detik istimewa atau ekstrem dalam resolusi 4K dan kualiti foto 12MP.

Ciri penstabilan HyperSmooth memastikan video anda kekal lancar walaupun dalam aktiviti lasak sementara sambungan dengan aplikasi Quik memudahkan pengeditan serta perkongsian video. Ingin kamera aksi yang lebih padu? Tingkatkan ke GoPro HERO13 pada harga RM1,699 lengkap dengan bateri Enduro percuma.

Jangan lepaskan promosi eksklusif ini pada tarikh yang sama. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan GoPro HERO dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version