Kini, Dyson telah mengeluarkan fon kepala dengan ciri penapis udara terbaharunya yang dipanggil Dyson Zone. Dyson membangunkan fon kepala ini dengan menggabungkan pembatalan hingar bersama-sama penapis (purifier).
Ketua Jurutera Dyson, Jake Dyson berkata bahawa ini disebabkan oleh pencemaran udara di seluruh dunia manakala pemakaian pelitup muka telah menjadi satu keperluan pada masa kini. Beliau turut menambah Dyson Zone akan membantu membersihkan udara yang disedut semasa bergerak menggunakan penapis berprestasi tinggi dan dua pam udara kecil. Produk ini mengambil masa enam tahun untuk dibangunkan.
Fon telinga boleh memainkan beberapa lagu secara serentak membersihkan udara melalui penapis dwi-lapisan dan menghasilkan dua aliran udara yang bersih ke hidung dan mulut pemakai. Paling menarik, ia juga mempunyai pembatalan bunyi aktif (ANC).
Selain itu, penapis elektrostatik pada fon kepala boleh menangkap zarah (particles) seperti alergen, habuk brek, pembakaran industri dan pembinaan. Pemampat menyalurkan udara yang bersih ke hidung dan mulut pemakai melalui visor bebas sentuhan yang dibentuk dengan pulangan fleksibel.
Dyson berkata lebih daripada 500 prototaip telah dibuat sehingga versi akhir iaitu Dyson Zone. Jurutera ujian pakar di Dyson Malaysia Development Centre turut terlibat dalam pembangunan produk ini. Namun, harga Dyson Zone masih tidak diketahui.
Adakah ia akan dijual secara komersial atau tidak? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

