More

    Dyson Zone bakal dilancar, fon kepala dilengkapi ANC dan ciri penapis udara

    Kini, Dyson telah mengeluarkan fon kepala dengan ciri penapis udara terbaharunya yang dipanggil Dyson Zone. Dyson membangunkan fon kepala ini dengan menggabungkan pembatalan hingar bersama-sama penapisĀ (purifier).

    Ketua Jurutera Dyson, Jake Dyson berkata bahawa ini disebabkan oleh pencemaran udara di seluruh dunia manakala pemakaian pelitup muka telah menjadi satu keperluan pada masa kini. Beliau turut menambah Dyson Zone akan membantu membersihkan udara yang disedut semasa bergerak menggunakan penapis berprestasi tinggi dan dua pam udara kecil. Produk ini mengambil masa enam tahun untuk dibangunkan. 

    Fon telinga boleh memainkan beberapa lagu secara serentak membersihkan udara melalui penapis dwi-lapisan dan menghasilkan dua aliran udara yang bersih ke hidung dan mulut pemakai. Paling menarik, ia juga mempunyai pembatalan bunyi aktif (ANC).

    Selain itu, penapis elektrostatik pada fon kepala boleh menangkap zarah (particles) seperti alergen, habuk brek, pembakaran industri dan pembinaan. Pemampat menyalurkan udara yang bersih ke hidung dan mulut pemakai melalui visor bebas sentuhan yang dibentuk dengan pulangan fleksibel.

    Dyson berkata lebih daripada 500 prototaip telah dibuat sehingga versi akhir iaitu Dyson Zone. Jurutera ujian pakar di Dyson Malaysia Development Centre turut terlibat dalam pembangunan produk ini. Namun, harga Dyson Zone masih tidak diketahui. 

    Adakah ia akan dijual secara komersial atau tidak? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured