Site icon TechNave BM

Elak tertipu, ini cara semak harga sebenar barangan di Lazada dan Shopee!

Pada 11 November ini, jualan besar-besaran secara dalam talian akan berlangsung di laman web Lazada dan Shopee. Kedua-dua laman web ini menawarkan pelbagai promosi yang hebat dengan harga semurah RM1 dan dengan penjimatan sehingga 99%. Anda juga boleh mencuba nasib untuk membeli Proton X50 dengan hanya RM1 sahaja di Shopee.

Jadi, sewaktu anda membuat sebuah pembelian, anda sudah tentu ingin tahu harga sebenar barang tersebut sebelum promosi bukan? Dengan menggunakan extension yang diberi nama AliPrice Shopping Assistant, anda boleh berbuat demikian. Extension ini boleh diletakkan di aplikasi Chrome anda di komputer dan ianya boleh digunakan pada kedua-dua laman web Shopee dan Lazada.

Tunggu turun dulu baru beli!
Harga yang lebih kurang sama

Anda boleh memantau perubahan harga untuk sesebuah barang itu dalam tempoh 3 bulan atau 6 bulan yang lalu. Jadi, jika anda dapat melihat perubahan yang besar ketika jualan promosi 11.11 ini, mungkin itu adalah masa yang terbaik untuk anda membuat pembelian barang tersebut.

Namun, jika harga tersebut telah kekal pada paras yang sama buat masa yang lama walaupun ketika promosi 11.11, mungkin ia bukanlah promosi yang anda perlu cari ketika jualan besar 11.11 dalam talian ini.

Bukan masa terbaik untuk beli!
Harga promosi RM69 yang tidak perlu ditawarkan sejak 3 bulan lalu!

Anda boleh memuat turun extension AliPrice Shopping Assistant untuk Chrome di bawah:

Komen maklum balas anda mengenai extension Chrome ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version