More

    Jualan hebat Shopee 11.11 pada 11 November : diskaun setinggi 99%, Proton X50 berharga RM1 dan banyak lagi

    Pada 11 November yang akan datang ini, Shopee akan mengadakan jualan hebat Shopee 11.11 yang melibatkan lebih dari 1,200 jenama, peruncit serta 800,00 penjual di Shopee. Dalam jualan hebat ini, lebih 100 juta produk dipilih dan akan mempunyai diskaun setinggi 99% dengan harga bermula 11 sen sahaja.

    Platform e-dagang Shopee ini juga akan menurunkan perbelanjaan minimum dari RM40 kepada RM11 untuk pengguna menikmati penghantaran percuma. Jenama terkemuka seperti Acer, Carlo Rino, Enfagrow, Nestle, OPPO, P&G, Philips, realme dan banyak lagi akan menawarkan baucar diskaun setinggi 50%.

    Shopee juga akan melaksanakan acara One or Not yang memberikan produk tertentu kepada 1 pembeli bertuah dengan tanda harga RM1 sahaja. Antara produk yang terpilih adalah Proton X50, Samsung Galaxy Note20, jam tangan, set barang kemas dan macam-macam lagi.

    Selain itu, Shopee juga akan mengadakan acara Shopee Live yang membawakan selebriti seperti Gurmit Singh sebagai Phua Chu Kang, Zoey Rahman, Fynn Jamal dan Tyra Kamaruzzaman pada 10 dan 11 November ini. Acara terbesar untuk Shopee 11.11 ini adalah Shopee 11.11 Big Show yang akan berlangsung selama dua jam pada malam 11 November.

    Acara ini akan dihoskan oleh selebriti tempatan, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad. Pada acara tersebut, terdapat persembahan dari Anuar Zain, Ella, Shilla Amzah, Floor 88, Wany Hasrita, Dolla dan Azzam Sham. Acara selama 2 jam ini akan disiarkan secara langsung di Shopee Live, TV3, Tonton dan juga YouTube.

    Nantikan jualan hebat dari Shopee 11.11 ini bermula 12.01 pagi 11 November ini. Komen pendapat anda mengenai acara ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...