Site icon TechNave BM

Elakkan cas iPhone 15 Pro pada pad pengecas wayarles bagi pemilik BMW

Di samping isu terlalu panas, nampaknya Apple iPhone 15 Pro turut memberi kesan pada beberapa pemilik BMW yang melaporkan bahawa cip NFC iPhone mereka rosak apabila menggunakan pad pengecas wayarles dalam kenderaan mereka.

Ini mengakibatkan kesan “Tidak Dapat menggunakan Apple Pay” dan apabila dihidupkan sistem semula, perkara yang sama masih berlaku yang mungkin menandakan cip NFC telah rosak.

Menurut pengguna, mereka mendapatkan iPhone gantian, akan tetapi unit gantian turut memberikan isu yang sama. Pengguna ini juga menyatakan bahawa tidak ada masalah dengan iPhone 14 Pro dengan pad pengecasan wayarles BMW sebelum ini. Pihak Apple pula masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Oleh itu, sekiranya anda seorang pemandu BMW dengan pad pengecas wayarles binaan dalam, kami mengesyorkan agar anda mengelak daripada menggunakannya dengan Apple iPhone 15 Pro anda buat masa ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Forum Macrumors

Exit mobile version