Site icon TechNave BM

Elon Musk benci Apple Intelligence, mahu haramkan peranti Apple di semua pejabat syarikatnya

Susulan daripada pelancaran teknologi kecerdasan buatan (AI) Apple Intelligence pada minggu ini, ahli perniagaan ternama Elon Musk mengkritik teknologi AI tersebut yang mungkin boleh menjejaskan privasi para pengguna.

Dalam platform X, beliau berpendapat fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh Apple Intelligence adalah sebuah risiko keselamatan peribadi, mungkin kerana ia boleh mengetahui terlalu banyak maklumat mengenai pengguna.

Susulan daripada itu, beliau merancang untuk mengharamkan semua peranti Apple dalam pejabat-pejabat syarikatnya. Malah, pelawat yang membawa peranti Apple seperti iPhone, perlu diserahkan di kaunter pendaftaran, kemudian ia akan disimpan dalam sangkar Faraday yang boleh menghalang sebarang signal elektromagnetik.

Beliau juga tidak bersetuju dengan penyepaduan teknologi ChatGPT oleh OpenAI dalam peranti Apple. Sebelum ini, Musk pernah memfailkan saman terhadap OpenAI kerana beliau berpendapat syarikat tersebut tidak membangunkan teknologi AI untuk kepentingan sejagat, sebaliknya ia kini dibangunkan untuk keuntungan dan pemerolehan data pengguna sahaja.

Musk juga menulis beberapa ciapan X yang mengutuk Apple Intelligence.

Apple Intelligence menampilkan beberapa fungsi baharu berdasarkan AI yang boleh menyediakan kandungan dan bantuan yang khas untuk anda. Ia boleh digunakan dalam pelbagai aspek seperti penulisan, penciptaan imej dan banyak lagi.

Adakah anda bersetuju dengan Elon Musk? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: X

Exit mobile version