Site icon TechNave BM

Elon Musk mencarut kepada pengiklan yang memboikot X

Semasa Persidangan DealBook Summit dengan CNBC TV, penemu duga bertanya pendapat Elon Musk tentang penerimaan umum terhadap X yang dikritik oleh pengiklan. Dalam suara yang agak tegas, Elon menjawab “Don’t advertise” dan “Go f*** yourself. Tentu saja, beliau tidak mengatakan perrkataan tersebut kepada penemu duga tetapi kepada pengiklan, khususnya CEO Disney, Bob Iger.

Ini kerana terdapat pertikaian berterusan antara Elon dan pengiklan. Sehingga kini, lebih daripada 100 jenama telah menghentikan iklan mereka di X. Menurut The New York Times, X dijangka boleh kehilangan $75 juta (~RM349 juta) menjelang akhir 2023. Selain itu, Elon juga memuat naik kenyataan “anti-semitisme” mengenai situasi tersebut yang memeranjatkan jenama-jenama.

Seiring dengan berlangsungnya temuramah, Elon menambah boikot pengiklan ini hanya akan memusnahkan syarikatnya. Anda boleh menonton keseluruhan video tiga minit di YouTube di atas. Walaupun begitu, ramai orang yang bersetuju dengan Elon jika anda membacanya di bahagian komen.

Adakah anda turut bersetuju dengan kenyataan Elon Musk? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version