More

    Elon Musk mencarut kepada pengiklan yang memboikot X

    Semasa Persidangan DealBook Summit dengan CNBC TV, penemu duga bertanya pendapat Elon Musk tentang penerimaan umum terhadap X yang dikritik oleh pengiklan. Dalam suara yang agak tegas, Elon menjawab “Don’t advertise” dan “Go f*** yourself“. Tentu saja, beliau tidak mengatakan perrkataan tersebut kepada penemu duga tetapi kepada pengiklan, khususnya CEO Disney, Bob Iger.

    Ini kerana terdapat pertikaian berterusan antara Elon dan pengiklan. Sehingga kini, lebih daripada 100 jenama telah menghentikan iklan mereka di X. Menurut The New York Times, X dijangka boleh kehilangan $75 juta (~RM349 juta) menjelang akhir 2023. Selain itu, Elon juga memuat naik kenyataan “anti-semitisme” mengenai situasi tersebut yang memeranjatkan jenama-jenama.

    Seiring dengan berlangsungnya temuramah, Elon menambah boikot pengiklan ini hanya akan memusnahkan syarikatnya. Anda boleh menonton keseluruhan video tiga minit di YouTube di atas. Walaupun begitu, ramai orang yang bersetuju dengan Elon jika anda membacanya di bahagian komen.

    Adakah anda turut bersetuju dengan kenyataan Elon Musk? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured