Site icon TechNave BM

Facebook bereksperimen dengan aplikasi khas untuk percintaan jarak jauh

Sewaktu kawalan pergerakan yang dilaksanakan di pelbagai negara sekarang ini, tentunya ramai kekasih berasa kecewa kerana tidak dapat keluar bersama selama beberapa minggu. Media sosial dan aplikasi pemesejan menjadi pengganti kepada sesi dating di luar. Dalam pada itu, Facebook kini bereksperimen dengan sebuah aplikasi khas khusus untuk pasangan kekasih yang tidak dapat bersama.

Melalui NPE Team, Facebook mengeluarkan sebuah app bernama Tuned untuk kegunaan pasangan kekasih, di mana dua pengguna boleh berkongsi sebuah suapan berita (news feed) berupa buku nota yang bewarna-warni. Dalam ‘buku nota’ ini, kekasih boleh saling berkongsi nota, gambar, kad dan klip audio.

Pasangan kekasih juga boleh saling bertukar lagu di Spotify atau berkongsi perasaan untuk membahagiakan insan tersayang. Tuned mementingkan privasi penggunanya dan orang luar tidak boleh melihat ‘buku nota’ tersebut.

Sewaktu artikel ini ditulis, Tuned hanya boleh didapati untuk iOS di Amerika Syarikat dan Kanada. Adakah ia lebih menarik berbanding media sosial yang kita ada sekarang? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencuba Tuned bersama kekasih dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version