Site icon TechNave BM

Facebook memperkenalkan ciri ‘Reels’ di Amerika Syarikat, bakal dilancar secara global

Penggunaaan ‘Reels’ telah dilancarkan di Amerika Syarikat untuk pengguna iOS dan Android untuk menarik pengguna baru dan menjadi lebih kreatif di aplikasi Facebook.

Reels di Facebook mengandungi ciri muzik, audio, kesan dan lain-lain. Anda boleh dapati ciri tersebut di Suapan Berita (News Feed) atau Kumpulan (Group). Anda dengan mudah boleh mengikuti, suka dan komen pengguna reels yang ditonton dan kongsi kepada kepada rakan-rakan.

Aplikasi ini membantu anda untuk meluaskan kenalan, menjadi lebih kreatif dan memberi inspirasi kepada penonton. Seperti yang diketahui ramai, gambar dan video yang telah di pos di Instagram boleh dikongsi ke Facebook begitu juga dengan reels. Dengan ini, anda dapat menarik pengikut di Instagram untuk ke Facebook.

Facebook turut menyatakan ciri reels dapat membantu anda untuk menjana pendapatan tambahan. Bonus Reels Play membayar pengguna yang layak berdasarkan prestasi reels mereka. Mereka akan segera menguji iklan skrin penuh dan imersif untuk membantu perniagaan kecil dan jenama mendapat pelanggan baru.

Berikut merupakan antara alat penyuntingan yang terdapat di Facebook:

Kami berharap ciri ini boleh digunakan secepat mungkin di Malaysia. Komen di Facebook kami dan tunggu berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Facebook

Exit mobile version