More

    Facebook memperkenalkan ciri ‘Reels’ di Amerika Syarikat, bakal dilancar secara global

    Penggunaaan ‘Reels’ telah dilancarkan di Amerika Syarikat untuk pengguna iOS dan Android untuk menarik pengguna baru dan menjadi lebih kreatif di aplikasi Facebook.

    Reels di Facebook mengandungi ciri muzik, audio, kesan dan lain-lain. Anda boleh dapati ciri tersebut di Suapan Berita (News Feed) atau Kumpulan (Group). Anda dengan mudah boleh mengikuti, suka dan komen pengguna reels yang ditonton dan kongsi kepada kepada rakan-rakan.

    Aplikasi ini membantu anda untuk meluaskan kenalan, menjadi lebih kreatif dan memberi inspirasi kepada penonton. Seperti yang diketahui ramai, gambar dan video yang telah di pos di Instagram boleh dikongsi ke Facebook begitu juga dengan reels. Dengan ini, anda dapat menarik pengikut di Instagram untuk ke Facebook.

    Facebook turut menyatakan ciri reels dapat membantu anda untuk menjana pendapatan tambahan. Bonus Reels Play membayar pengguna yang layak berdasarkan prestasi reels mereka. Mereka akan segera menguji iklan skrin penuh dan imersif untuk membantu perniagaan kecil dan jenama mendapat pelanggan baru.

    Berikut merupakan antara alat penyuntingan yang terdapat di Facebook:

    • Audio: Pencarian lagu di perpustakaan muzik Facebook. Anda turut boleh menggunakan audio anda sendiri atau penyimpanan audio daripada reels pengguna lain
    • Kesan AR: Anda boleh memilih salah satu kesan di perpustakaan realiti tambahan
    • Pemasa dan Kiraan Balik: Tetapkan pemasa untuk memulakan video tanpa perlu menekan butang
    • Kelajuan: Mempercepat atau memperlahankan video semasa anda merakam membantu anda mengikut tempo
    • Berbilang-klip: Masukkan beberapa klip ke dalam satu reels sama ada dengan merakamnya bersama atau memilihnya dari galeri.

    Kami berharap ciri ini boleh digunakan secepat mungkin di Malaysia. Komen di Facebook kami dan tunggu berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: Facebook

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...