Site icon TechNave BM

Fahmi: Telegram bekerjasama baik untuk tangani isu penipuan dan judi dalam talian

Pada awal bulan ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata syarikat permesejan Telegram akan memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengawal selia platform tersebut serta membanteras aktiviti scam dan perjudian dalam talian.

Kini, Fahmi berkata pihak Telegram memberi kerjasama baik dengan agensi tersebut, dengan menurunkan kandungan atau saluran yang berkaitan penipuan serta judi. Sungguh pun begitu, satu masalah yang timbul sekarang adalah apabila satu saluran ditutup, satu saluran lain akan dibuka.

Oleh yang demikian, kerajaan telah berbincang mengenai cara-cara yang lebih mampan untuk menangani isu penipuan dan judi dalam talian, bukan sahaja dalam Telegram, malah dalam aplikasi media sosial serta permesejan yang lain.

Fahmi turut melaporkan bahawa pihak Telegram turut memberi kerjasama dalam menurunkan kandungan yang melanggar Akta Hak Cipta, seperti siri televisyen Layang-Layang Perkahwinan yang boleh ditonton dalam Telegram secara tidak sah.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version