More

    Fahmi Fadzil: Telegram akan bekerjasama dengan kerajaan untuk banteras “scam” dan judi

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihak perkhidmatan permesejan Telegram sudah menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkemas aspek kawal selia platform itu, terutamanya dalam membanteras aktiviti scam dan perjudian dalam talian.

    Beliau telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov, di Dubai pada Sabtu lalu untuk membincangkan isu mengenai aplikasi tersebut yang digunakan oleh sekitar 15 juta pengguna di Malaysia.

    Antara perkara yang dibincangkan termasuklah peluang kerjasama dengan kerajaan Malaysia, teknologi baharu berdasarkan kecerdasan buatan (AI) dan peluang untuk meluaskan operasi Telegram ke Malaysia pada masa hadapan.

    Sebelum ini, Telegram sering dilihat oleh kerajaan sebagai sebuah platform yang mempunyai pelbagai penipuan atau scam yang menyebabkan kerugian jutaan Ringgit dalam kalangan rakyat. MCMC pernah mempertimbangkan untuk sekat aplikasi tersebut kerana pihak Telegram tidak bekerjasama dengan kerajaan, namun tidak lama kemudian, kedua-dua pihak selalu mengadakan perjumpaan untuk memastikan keselamatan para pengguna.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...