More

    HONOR Magic6 Pro kini ditawar dalam warna ungu Cloud Purple

    HONOR Malaysia menawarkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar andalan HONOR Magic6 Pro iaitu warna ungu Cloud Purple. Telefon ini menampilkan hiasan kulit (leather) yang membuatkannya nampak lebih mewah serta tekstur yang menyerupai riak air.

    Selain daripada itu, telefon ini masih mempunyai fungsi dan spesifikasi yang sama dengan HONOR Magic6 Pro yang dilancar pada bulan Mac lepas. Antara spesifikasi yang menarik termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, skrin OLED 120Hz 6.8 inci dengan kecerahan puncak 5,000 nits, bateri 5,600mAh dan pengecasan pantas 80W.

    Satu fungsi menarik adalah Sistem Kamera Falcon 180MP yang menggunakan AI untuk mengambil gambar yang jelas untuk subjek yang bergerak laju, seperti aksi sukan dan gerakan haiwan.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera swafoto 50MP. Selain itu, kamera telefoto 180MP juga membolehkan telefon ini untuk zum jauh secara digital sehingga 100x.

    HONOR juga mengatakan semua HONOR Magic6 Pro akan menerima kemas kini MagicOS 8.0 baharu dalam masa terdekat bagi membawakan aplikasi baharu yang tersedia dalam Magic Portal, serta lain-lain ciri baharu yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

    HONOR Magic6 Pro dalam warna ungu akan dijual pada harga RM4,499 bermula 31 Mei 2024. Anda juga boleh dapatkan dalam warna asal iaitu hijau Epic Green dan hitam. Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...