fbpx
More

    5 telefon “flagship” lama yang masih lagi menyengat pada 2024!

    Dalam pasaran telefon pintar Malaysia yang semakin dinamik pada setiap tahun, setiap jenama akan memperkenalkan telefon baharu dengan fungsi-fungsi dan spesifikasi terkini dan paling canggih, terutamanya untuk kategori andalan (flagship).

    Sungguh pun begitu, model-model telefon andalan yang dilancar pada beberapa tahun lalu masih lagi boleh menjana prestasi dan pengalaman yang dianggap mantap untuk tahun ini. Lebih menarik adalah telefon-telefon ini dijual pada harga yang lebih murah berbanding sewaktu pelancarannya, jadi untuk mereka yang ingin mendapatkan telefon dengan nilai yang tinggi pada harga berpatutan, telefon-telefon andalan tahun-tahun lepas adalah pilihan yang menarik.

    Jika anda tergolong dalam kumpulan di atas, penulis TechNave Bahasa Inggeris telah menyenaraikan lima telefon andalan yang dilancar dalam tahun-tahun lepas namun masih lagi produk yang mantap untuk digunakan pada 2024.

    Apple iPhone XS (2018)

    Walaupun Apple iPhone XS telah dilancar pada tahun 2018, hampir enam tahun lalu, ia masih lagi merupakan sebuah telefon yang bagus untuk lanskap telefon pintar Malaysia. Dengan cip A12 Bionic yang memuaskan, prestasi kamera yang bagus dan integrasi lancar dengan ekosistem iOS, iPhone XS meneruskan legasinya sebagai jenama telefon pilihan ramai dalam kalangan pengguna Malaysia. Rekaannya yang kemas dan kemas kini yang tetap daripada Apple memastikannya kekal sebagai telefon yang sesuai diguna untuk tahun 2024.

    Sungguh pun begitu, satu keburukan buruk adalah ia tidak lagi dijual secara rasmi kerana Apple selalunya menamatkan pengilangan telefon yang berusia lima tahun dan ke atas. Ini bermaksud anda hanya boleh membelinya daripada para pengedar tempatan dan stoknya mungkin tidak banyak.

    Jika anda masih berhasrat untuk membeli telefon ini, anda boleh jangkakan harganya dalam julat RM1,500 hingga RM2,200. Ia adalah produk yang bagus untuk mereka yang inginkan telefon mampu milik atau mereka yang gemar mengumpul model-model iPhone.

    Samsung Galaxy S22 (2022)

    Sewaktu pelancarannya pada 2022, siri Samsung Galaxy S22 mencipta sejarah sebagai siri Galaxy S pertama yang mempunyai stilus dan menggantikan siri Galaxy Note. Stilus tersebut hanya ditawarkan untuk Galaxy S22 Ultra, namun semua varian telefon dalam siri ini mempunyai skrin yang cantik, kamera yang versatil dan prestasi yang pantas. Secara keseluruhan, ia menyediakan pengalaman telefon pintar yang premium untuk para pengguna Malaysia.

    Selain itu, ia juga kini boleh didapati pada harga yang lebih mampu milik berbanding telefon pintar andalan terkini, lantas meningkatkan tarikannya untuk para pelanggan.

    Daripada segi spesifikasi, telefon ini dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 yang dibuat dengan nod proses 4nm, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Skrinnya pula berukuran 6.1 inci dengan panel Dynamic AMOLED 2X (1080×2340) manakala kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan dua kamera 10MP.

    Samsung bukanlah sebuah jenama yang asing lagi dalam pasaran Malaysia, dan memandangkan anda boleh memiliki telefon ini pada harga RM1,999, ia adalah produk dengan nilai yang sangat tinggi untuk harganya.

    Lebih-lebih lagi, siri Galaxy S22 akan menerima fungsi kecerdasan buatan Galaxy AI terkini yang mula-mula diperkenalkan dalam siri Samsung Galaxy S24. Jadi jika anda berminat untuk mencuba Galaxy AI, ini adalah peranti termurah yang akan menerima fungsi tersebut.

    HUAWEI P30 Pro (2020)

    Meskipun dengan cabarannya yang tersendiri, HUAWEI P30 Pro masih lagi merupakan sebuah telefon pintar yang ternama di Malaysia. Dikenali dengan fungsi kameranya yang canggih, termasuklah kebolehan untuk zum jauh, P30 Pro adalah pilihan yang popular untuk pengguna telefon pintar yang mengutamakan prestasi fotografi.

    Rekaannya yang kemas, skrin yang nampak hidup dan bateri tahan lama membuatkannya pilihan yang menarik untuk para pengguna yang inginkan fungsi lengkap dalam sebuah telefon pintar.

    Spesifikasinya terdiri daripada cipset Kirin 980 (7nm), storan UFS 3.0 256GB dan RAM 8GB. Ia juga mempunyai skrin OLED 6.47 inci dengan resolusi 1080×2340, bateri 4,200mAh, pengecasan pantas 40W, kamera kuad 40MP dan kamera hadapan 32MP. Ini adalah spesifikasi yang sangat bagus untuk telefon yang berusia hampir empat tahun.

    Seperti iPhone XS, ini bukanlah telefon yang senang untuk dibeli. Laman web HUAWEI sendiri tidak lagi mempunyai halaman khas untuknya, jadi keberadaanya dalam pasaran boleh menjadi isu yang agak rumit. Jika anda berjaya mencarinya dalam mana-mana laman web pengedar pihak ketiga, anda boleh jangkakan harga sekitar RM1,999 hingga RM2,499.

    Perlu diingati bahawa ia tidak mempunyai sokongan Google atau Google Play Store, sebaliknya ia menggunakan ekosistem HarmonyOS dan HUAWEI AppGallery.

    Apple iPhone 13 (2021)

    iPhone 13 kini merupakan peranti yang berusia hampir tiga tahun, namun ia masih lagi menawarkan prestasi tahap andalan pada harga yang agak mampu milik. Dengan cip Apple A15 Bionic (5nm), RAM NVMe 4GB dan storan dalaman 128GB, anda boleh dapat nilai yang sangat tinggi untuk peranti Apple ini.

    Popularitinya dalam Malaysia ditingkatkan lagi dengan kehadiran Apple yang kukuh dalam pasaran Malaysia dan reputasinya yang mantap dalam menghasilkan produk bermutu tinggi.

    Telefon ini mempunyai skrin Super Retina XDR OLED 6.1 inci, resolusi 1170×2532, bateri 3,240mAh, pengecasan pantas 20W, dwi-kamera 12MP dan kamera hadapan 12MP. Dengan harga RM3,299 menjadikannya telefon paling mahal dalam senarai ini, ia masih lagi merupakan peranti yang sangat berbaloi dengan harganya, terutamanya jika anda adalah seorang pengguna ekosistem iOS.

    OnePlus 11 5G (2023)

    OnePlus mempunyai jumlah pengikut setia yang agak ramai di Malaysia kerana jenama itu sering menawarkan produk bermutu tinggi, dan OnePlus 11 meneruskan legasi tersebut. Dengan skrin yang lancar, prestasi berkuasa dan perisian OxygenOS yang ringkas, OnePlus 11 menyediakan pengalaman telefon premium dan sokongan 5G pada harga yang agak berpatutan berbanding jenama lain.

    Spesifikasinya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM 8GB, storan dalaman 128GB, skrin LTPO3 Fluid AMOLED 6.7 inci (1440×3216), bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas yang paling tinggi dalam senarai ini iaitu 100W. Kameranya pula terdiri daripada tri-kamera 50MP dan kamera hadapan 16MP.

    OnePlus 11 5G kini hanya dijual pada harga RM2,499. Jika dilihat pada spesifikasi dan harganya, kami merasakan ini adalah produk yang sesuai jika anda inginkan telefon andalan yang masih boleh dianggap baru. Lebih-lebih lagi, telefon ini boleh digunakan lebih lama berbanding telefon-telefon lain dalam senarai ini kerana ia hanya berusia sekitar satu tahun sahaja.

    Konklusi – Tak kisah apa bajet anda, pasti ada telefon flagship yang sesuai

    Telefon-telefon andalan lama ini mungkin tidak dilengkapi spesifikasi terkini, namun ia masih menawarkan prestasi, fungsi dan nilai yang bagus untuk standard 2024. Sama ada anda sedang mencari peranti daripada jenama yang popular atau alternatif yang mampu milik untuk telefon andalan terkini, mana-mana telefon di atas boleh dijadikan sebagai pilihan yang bagus untuk pengguna Malaysia.

    Secara peribadinya, penulis menggemari OnePlus 11 5G. Ia bukan sahaja menawarkan nilai yang tinggi untuk wang anda, anda juga akan mendapatkan kemas kini yang lebih terkini kerana ia merupakan telefon yang paling baharu dalam senarai ini.

    Beritahu kami di Facebook jika artikel ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy A15 dan A25 5G akan dijual dengan diskaun sehingga RM200 sempena Hari...

    Sempena sambutan Hari Bapa yang semakin hampir, Samsung Malaysia sedang menganjurkan promosi khas untuk dua model telefon pintar mampu milik iaitu Samsung...

    realme C63 dilancar di Malaysia: Cas pantas 45W, hiasan “leather”, skrin 90Hz bermula RM599

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan telefon pintar kelas permulaan realme C63 yang menawarkan reka bentuk menarik serta spesifikasi yang cukup untuk...

    iPhone boleh lipat akan gunakan paparan Samsung, iPad mungkin daripada LG

    Menurut sumber, Apple akhirnya memasuki pasaran telefon boleh lipat yang dilaporkan bakal menggunakan skrin daripada Samsung Display dan LG Display. Samsung yang...

    Infinix NOTE 40 5G dilancar di Malaysia: AMOLED 6.78″, Dimensity 7020, cas pantas 33W...

    Selepas melancarkan Infinix NOTE 40 Pro 5G dan Infinix NOTE 40 4G beberapa bulan lalu, kini Infinix Malaysia melancarkan satu lagi varian...

    AS kenakan sekatan ke atas syarikat semikonduktor Malaysia kerana berurusan dengan Rusia

    Sebuah syarikat pembuat semikonduktor Malaysia telah dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat bulan lepas kerana didakwa menghantar alat ganti dan komponen elektronik penting...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X