More

    Ini dia 4 fungsi Samsung Galaxy AI yang “power” gila!

    Pada awal tahun ini, Samsung telah melancarkan siri telefon pintar Samsung Galaxy S24 yang bukan sahaja menampilkan spesifikasi tercanggih untuk tahun ini, namun turut dilengkapi fungsi kecerdasan buatan Galaxy AI yang menampilkan fungsi-fungsi unik.

    Kami telah menyenaraikan fungsi-fungsi Galaxy AI dalam artikel sebelum ini, namun bagaimana ia boleh memanfaatkan anda? Ayuh lihat pada empat fungsi Galaxy AI yang menarik untuk anda:

    Circle to Search with Google

    Fungsi pertama yang kami mahu ketengahkan ialah Circle to Search with Google (Bulatkan untuk Cari). Seperti yang tertera pada namanya, ia membenarkan anda untuk membulatkan sebarang imej yang dipaparkan pada skrin dan anda boleh mencari lebih banyak maklumat tentangnya. Ini adalah kaedah yang lebih pantas untuk anda mencari maklumat kerana anda tidak perlu lagi menaip atau mengagak benda yang anda ingin cari. Anda hanya perlu tekan lama pada butang Home, bulatkan objek kemudian Google akan mencari maklumat mengenainya.

    Memandangkan ia boleh digunakan dalam sebarang aplikasi yang dibuka dalam telefon, anda boleh gunakan Circle to Search with Google dalam pelayar web, kamera, Samsung Gallery dan banyak lagi. Lebih-lebih lagi, anda juga boleh masukkan soalan lanjutan seperti “berapa banyak kalori dalam makanan ini?”

    Dengan Circle to Search with Google, anda boleh tahu berapa banyakkah kalori yang terdapat dalam makanan di hadapan anda

    Call Assist

    Seterusnya ialah Call Assist, di mana ia boleh menterjemahkan perbualan dalam panggilan telefon dalam masa nyata (real-time). Ia menggunakan Live Translate untuk menterjemahkan suara anda jika anda bercakap dengan orang yang bertutur dalam bahasa lain. Apabila diaktifkan, Live Translate akan menterjemahkan suara anda ke dalam bahasa yang difahami oleh penerima panggilan, kemudian apabila beliau bertutur dalam bahasanya, Live Translate akan menterjemahkannya kepada bahasa anda.

    Ada beberapa perkara yang perlu diketahui jika anda ingin menggunakan fungsi ini. Penterjemahannya bukan serentak dan memerlukan sedikit masa untuk menterjemahkan suara anda, jadi lebih baik jika anda bercakap dalam ayat yang pendek. Buat masa ini, ia hanya menyokong Bahasa Inggeris, Portugis, Sepanyol, Perancis, Korea, Jerman, Itali, Cina, Jepun, Hindi, Poland, Thai dan Vietnam.

    Komunikasi dengan mudah, walaupun dalam bahasa berlainan

    Chat Assist

    Lebih gemar menghantar mesej teks berbanding panggilan telefon? Tiada masalah! Chat Assist adalah versi teks untuk Call Assist, jadi ia boleh menterjemahkan sebarang mesej teks anda. Hanya tekan sahaja butang “Tap to translate” dan ia akan menterjemahkan semua mesej teks kepada bahasa yang sudah ditetapkan.

    Ia juga boleh membantu mengarang teks jika anda tidak mengetahui sepenuhnya apa yang ingin ditaip. Apabila anda menaip teks secara ringkas, Galaxy AI akan mencadangkan beberapa teks alternatif dengan tona yang berbeza. Ini pastinya amat berguna jika anda menaip mesej dengan orang yang tidak akrab, membenarkan anda untuk menghantar balasan yang sesuai untuk situasi-situasi tertentu.

    Seperti Call Assist, Chat Assist boleh digunakan dalam beberapa bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Portugis, Sepanyol, Perancis, Korea, Jerman, Itali, Cina, Jepun, Hindi, Poland, Thai, Vietnam, Rusia, Arab, Indonesia, Turki, Romania dan Belanda.

    Anda boleh bermesej dalam pelbagai bahasa dengan mudah

    Photo Assist

    Fungsi terakhir yang kami ingin tunjukkan adalah Photo Assist, di mana ia membantu menyunting gambar anda untuk menjadi lebih menarik. Kategori ini termasuklah Generative Edit, Background Fill, Object Re-composition dan banyak lagi. Fungsi-fungsi ini membolehkan anda mencantikkan lagi gambar sedia ada dan akan menjadi alat yang bernilai untuk penggemar fotografi atau pencipta kandungan media sosial. Anda boleh lihat contoh gambar-gambar di bawah:

    Anda boleh luruskan gambar yang senget ini, kemudian ruang kosong itu akan dipenuhkan oleh fungsi Generative Fill
    Anda juga boleh memadam objek
    Ruang kosong kemudian akan diisi oleh Generative Fill
    Gambar asal yang diambil oleh kamera Samsung Galaxy S24 Ultra
    Apabila anda potong (crop) gambar, anda boleh gunakan Object Re-composition untuk tingkatkan resolusi
    Sekarang, anda boleh lihat urat pada daun

    Selain empat fungsi di atas, Galaxy AI turut mempunyai fungsi seperti Note Assist, Transcript Assist dan banyak lagi. Kami mungkin akan menulis mengenainya dalam artikel-artikel pada masa hadapan, jadi pastikan anda kekal bersama TechNave untuk mengetahuinya. Anda juga boleh layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy AI dalam siri Galaxy S24.

    Sementara itu, Samsung kini sedang mengadakan promosi pelancaran untuk siri Galaxy S24.

    Anda boleh menikmati tawaran mencapai RM1,849 sehingga 30 April.

    • Percuma Galaxy Watch6 (44mm) bernilai RM1,199
    • Rebat tukar-beli mencapai RM650.
    • PWP, jimat sehingga RM100 untuk produk Samsung Galaxy Buds tertentu
    • Jimat sehingga RM800 dengan PWP membeli tablet Samsung Galaxy, jam Galaxy Watch atau barangan audio Galaxy Buds tertentu.
    • Potongan harga sehingga 45% untuk Samsung Care+ dan aksesori.

    Jadi apa pendapat anda tentang Galaxy AI? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...