More

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan daripada salun kecantikan untuk memberikan hasil klinikal yang konsisten. Dengan penggunaan Ulike Air10, pengguna boleh melihat hasil seawal dua minggu, menikmati kulit licin yang tahan lama hasil daripada mod dwi lampu yang memberikan rawatan lebih pantas, berkesan dan merangkumi kawasan rawatan yang 18 peratus lebih luas.

    Mod SHR dengan keluaran tenaga 26J setiap pancaran empat getaran mampu menyingkirkan bulu yang paling degil, menetapkan tanda aras baru dalam industri penyingkiran bulu. Ia turut dilengkapi teknologi Next-Gen Ice Cooling yang memberikan sensasi sejuk dan selesa. Teknologi ini mengekalkan suhu sentuhan 65°F walaupun selepas sesi rawatan seluruh badan selama 30 minit.

    Ini membantu melindungi kulit pengguna daripada kelecuran dan memberikan sensasi segar selepas setiap rawatan. Teknologi SkinSensor Ulike Air10 pula memastikan penggunaan yang selamat dengan mengenal pasti warna kulit secara tepat, melaraskan kuasa rawatan secara automatik dan menghentikan pancaran jika kawasan rawatan terlalu gelap.

    Peranti penyingkir bulu Ulike Air10 menawarkan empat mod kuasa iaitu Mod Pantas untuk kemasan dan rawatan kecil, Mod Normal untuk bulu halus dan normal, Mod Tinggi untuk bulu tebal serta Mod SHR untuk rawatan intensiti tinggi. Dengan penggunaan yang konsisten, Ulike Air10 mampu mengurangkan bulu sehingga 73.33 peratus, panjang bulu 82.38 peratus dan ketumpatan bulu hingga 96.52 peratus.

    Pembelian di laman rasmi Ulike di Shopee dan Lazada memberikan peluang untuk mendapatkan pengering rambut Dyson percuma, losyen rawatan LA MER 100ml dan hadiah percuma tambahan seperti berus gigi Ulike Sonic Electric pada harga promosi, RM1,699.

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...