Site icon TechNave BM

Fon telinga Infinix XE27 dan XP07 Power Bank dilancar di Malaysia berharga RM99

Selain pelancaran rasmi siri Infinix HOT 30, Infinix turut melancarkan produk AloT terbaru mereka iaitu fon telinga wayarles Infinix XE27 dan Infinix XP07 Power Bank. XE27 menyokong sehingga 5 jam masa main muzik berterusan dan sehingga 28 jam hayat bateri. 

Selain itu, fon telinga ini juga mempunyai teknologi 4-mikrofon ENC untuk pengguna membuat panggilan yang jelas dan ia mempunyai Pembatalan Hingar Aktif Maklum Balas (ANC) tanpa bunyi latar belakang.

XP07 Power Bank hadir dalam pek bateri 10,000mAh dan mampu mengecas pantas sehingga 22.5W. Ia mempunyai kabel USB-C mengikut sistem pengecasan terkini serta storan yang mudah tanpa perlu membungkus kabel pengecasan tambahan. 

Bank kuasa itu juga mampu mengecas sehingga tiga peranti sekali gus dan paparan digital untuk menunjukkan peratusan kuasa yang tinggal. Infinix XE27 True dan Infinix XP07 Power Bank akan tersedia untuk pembelian mulai 10 April 2023 dan seterusnya pada hanya RM99 di semua saluran jualan dalam talian dan luar talian Infinix.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version