More

    Siri Infinix HOT 30 dilancar di Malaysia: Cipset Helio G88, skrin 90Hz dan bateri 5,000mAh bermula RM349

    Pada akhir bulan Mac, Infinix telah melancarkan siri Infinix HOT 30 yang terdiri daripada Infinix HOT 30, HOT 30i, HOT 30i NFC dan HOT 30 FreeFire. Kini, siri tersebut telah dilancarkan di Malaysia sebentar tadi kecuali tanpa HOT 30i NFC.

    Infinix HOT 30 didatangkan dengan skrin IPS LCD 6.78 inci beresolusi 1080×2460 piksel dengan kadar segar semula 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 270Hz dan kecerahan puncak 580 nit.

    Ia juga dilengkapi cipset MediaTek Helio G88, RAM 8GB, storan 256GB dan bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Telefon ini mempunyai kamera utama 50MP dengan saiz sensor 1/2.55″, kamera swafoto 8MP, sambungan 4G, fungsi dwi-SIM, bicu audio 3.5mm dan menjalankan Android 13. Infinix HOT 30 tersedia dalam warna hitam, hijau dan putih pada harga RM599.

    HOT 30i pula mempunyai skrin sentuh IPS LCD 6.56 inci 720×1612 dengan kadar penyegaran semula 90Hz, kadar pensampelan 180Hz dan kecerahan puncak 500 nit. Ia dikuasakan oleh cipset Unisoc T606, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB boleh dikembangkan. Tambahan, terdapat kamera belakang 13MP, kamera swafoto 8MP, pengimbas cap jari pada bahagian sisi, bicu audio 3.5mm dan bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan 18W. Ia menjalankan Android 12 dan hadir dalam warna dalam hitam, biru dan putih pada harga RM399.

    Akhir sekali, terdapat edisi HOT 30 Free Fire dengan kotak istimewa mengandungi cincin kunci Free Fire, sarung Free Fire khas dan pingat Free Fire sebagai alat pembuka SIM.

    Edisi istimewa ini disertakan dengan 46 widget dan ikon bertemakan Free Fire serta kertas dinding dan bunyi. Terdapat juga fungsi AR kamera khas yang membolehkan anda mengambil swafoto seolah-olah anda adalah watak Free Fire.

    Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi keempat-empat telefon:

    Infinix HOT 30 
    • Cipset MediaTek Helio G88
    • Skrin IPS LCD 6.78 inci
    • RAM 8GB dan storan 256GB
    • Bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W
    • Kamera utama 50MP dengan saiz sensor 1/2.55″, kamera swafoto 8MP
    • Spesifikasi lain: Sambungan 4G, fungsi dwi-SIM, bicu audio 3.5mm dan menjalankan Android 13
    • Warna: Hitam, hijau dan putih
    Infinix HOT 30i
    • Cipset Unisoc T606
    • Skrin sentuh IPS LCD 6.56 inci 720×1612
    • Kadar penyegaran semula 90Hz
    • Kadar pensampelan 180Hz dan kecerahan puncak 500 nit
    • RAM 4GB  (HOT 30i) dan storan 128GB
    • Bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 18W
    • Kamera belakang 13MP, kamera swafoto 8MP
    • Spesifikasi lain: Pengimbas cap jari pada bahagian sisi, bicu audio 3.5mm
    Infinix HOT 30 Free Fire
    • Cipset MediaTek Helio G88
    • Skrin IPS LCD FHD+ 90Hz 6.78 inci
    • RAM 8GB dan storan 256GB
    • Bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W
    • Kamera utama 50MP dengan saiz sensor 1/2.55″, kamera swafoto 8MP
    • Spesifikasi lain: Sambungan 4G, fungsi dwi-SIM, bicu audio 3.5mm dan menjalankan Android 13
    • Pelbagai ikon dan antaramuka, kerangka, pin talam SIM, topi , pelekat dan tali lanyard bertemakan permua popular Fee Fire.

    Infinix Malaysia akan mengadakan promosi jualan hari pertama dari 14 hingga 17 April 2023 hanya di Shopee dan Lazada di mana Infinix HOT 30 dan HOT 30i terbaru masing-masing pada harga RM549 dan RM349.
    Untuk HOT 30 Free Fire, ia hanya boleh didapati untuk jualan di Lazada berharga RM599 sementara stok masih ada.

    "
    "

    HOT 30 Free Fire juga akan menyertai promosi jualan hari pertama pada harga hanya RM549 dari 14 hingga 17 April 2023. Mereka yang membuat pembelian di Lazada dan Shopee akan menikmati penghantaran percuma manakala pembelian di LazMall akan menerima Pulangan Tunai tambahan 15%.

    Ketahui lebih lanjut mengenai siri Infinix HOT 30 di laman web rasmi Infinix, Instagram, Facebook dan TikTok. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...