Site icon TechNave BM

foodpanda Malaysia lancarkan program pandasafe, tingkatkan keselamatan rakan penghantar

foodpanda Malaysia hari ini melancarkan program pandasafe iaitu sebuah inisiatif keselamatan jangka panjang bagi membantu rakan-rakan penghantar dalam menjalankan tugas mereka. Ia menyediakan pelan perlindungan yang komprehensif kepada para penghantar foodpanda dalam seluruh negara.

Program ini ditubuhkan daripada kerjasama strategik foodpanda dengan pihak awam dan swasta seperti Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), Hong Leong Bank, PERKESO dan Hong Leong Yamaha Motor.

Ia merupakan ekosistem keselamatan berasaskan data dan merangkumi pelbagai titik sentuhan seperti pendidikan, teknologi, sains tingkah laku dan literasi kewangan, bagi membina budaya keselamatan jalan raya jangka panjang buat rakan-rakan penghantar.

Pelancarannya dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke, yang mengutamakan keselamatan para penghantar makanan dan menyambut baik program keselamatan ini.

Berikut merupakan perkara yang akan dilakukan bawah program pandasafe:

foodpanda berkata ini bukanlah kempen bermusim, sebaliknya merupakan sebuah perubahan yang kekal dalam operasinya bagi membuktikan komitmen foodpanda kepada para penghantar, keluarga mereka dan masyarakat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version