More

    foodpanda Malaysia lancarkan program pandasafe, tingkatkan keselamatan rakan penghantar

    foodpanda Malaysia hari ini melancarkan program pandasafe iaitu sebuah inisiatif keselamatan jangka panjang bagi membantu rakan-rakan penghantar dalam menjalankan tugas mereka. Ia menyediakan pelan perlindungan yang komprehensif kepada para penghantar foodpanda dalam seluruh negara.

    Program ini ditubuhkan daripada kerjasama strategik foodpanda dengan pihak awam dan swasta seperti Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), Hong Leong Bank, PERKESO dan Hong Leong Yamaha Motor.

    Ia merupakan ekosistem keselamatan berasaskan data dan merangkumi pelbagai titik sentuhan seperti pendidikan, teknologi, sains tingkah laku dan literasi kewangan, bagi membina budaya keselamatan jalan raya jangka panjang buat rakan-rakan penghantar.

    Pelancarannya dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke, yang mengutamakan keselamatan para penghantar makanan dan menyambut baik program keselamatan ini.

    Berikut merupakan perkara yang akan dilakukan bawah program pandasafe:

    • Program latihan rider yang berstruktur untuk galakkan tunggangan selamat
    • Alat telematik untuk memantau dan menambah baik tabiat tunggangan
    • Memperkenalkan modul keselamatan jalan raya dan latihan pertolongan cemas
    • Pendidikan perlindungan sosial dan latihan Induksi Keselamatan P-Hailing yang dijalankan bersama PERKESO
    • Latihan teknik tunggangan defensif dan kemahiran membrek, disokong oleh Hong Leong Yamaha Motor
    • Program literasi dan keselamatan kewangan, diterajui oleh Hong Leong Bank

    foodpanda berkata ini bukanlah kempen bermusim, sebaliknya merupakan sebuah perubahan yang kekal dalam operasinya bagi membuktikan komitmen foodpanda kepada para penghantar, keluarga mereka dan masyarakat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured