Syarikat penghantaran makanan foodpanda Malaysia mengumumkan beberapa manfaat baharu untuk para penghantar yang bekerja dengan mereka, bermula suku pertama 2023. Manfaat ini termasuklah biasiswa pengajian tinggi, syiling emas, diskaun produk dan banyak lagi.
Menyedari bahawa sebahagian daripada para penghantar mereka adalah golongan pelajar pengajian tinggi yang ingin mendapatkan wang, foodpanda Malaysia berhasrat untuk menampung yuran pengajian universiti atau kolej sehingga setahun untuk lima penghantar yang bertuah.
Para penghantar yang berminat dengan pertandingan ini boleh mendaftarkan diri sehingga penghujung bulan Mac 2023. Pertandingan ini akan berlangsung sepanjang bulan April dan lima penghantar terbaik berpeluang memenangi yuran pengajian berjumlah sehingga RM145,000.
Selain itu, foodpanda turut menganjurkan pertandingan untuk memenangi syiling emas 10g untuk para penghantar baharu yang mengaktifkan ID mereka pada bulan Mac. Rakan penghantar terbaik dengan jumlah pesanan tertinggi antara pada bulan April akan dipilih sebagai pemenang.
foodpanda turut menyediakan manfaant baharu seperti:
- Pelan mudah alih 5G eksklusif dengan YES termasuk telefon percuma
- Diskaun produk Samsung
- Diskaun pelbagai peralatan rumah daripada TBM termasuk potongan tambahan
5% untuk pembelian melebihi RM200 - Bersama-sama dengan Timsun, rakan penghantaran kini boleh menikmati diskaun 15% untuk semua tayar
- Untuk persiapan menjelang Hari Raya, rakan penghantaran layak menerima rawatan muka percuma bernilai RM335 daripada Beauty Library
Layari laman web foodpanda Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

