More

    foodpanda umumkan manfaat baru untuk para penghantar, termasuk yuran kolej bernilai RM145,000

    Syarikat penghantaran makanan foodpanda Malaysia mengumumkan beberapa manfaat baharu untuk para penghantar yang bekerja dengan mereka, bermula suku pertama 2023. Manfaat ini termasuklah biasiswa pengajian tinggi, syiling emas, diskaun produk dan banyak lagi.

    Menyedari bahawa sebahagian daripada para penghantar mereka adalah golongan pelajar pengajian tinggi yang ingin mendapatkan wang, foodpanda Malaysia berhasrat untuk menampung yuran pengajian universiti atau kolej sehingga setahun untuk lima penghantar yang bertuah.

    Para penghantar yang berminat dengan pertandingan ini boleh mendaftarkan diri sehingga penghujung bulan Mac 2023. Pertandingan ini akan berlangsung sepanjang bulan April dan lima penghantar terbaik berpeluang memenangi yuran pengajian berjumlah sehingga RM145,000.

    Selain itu, foodpanda turut menganjurkan pertandingan untuk memenangi syiling emas 10g untuk para penghantar baharu yang mengaktifkan ID mereka pada bulan Mac. Rakan penghantar terbaik dengan jumlah pesanan tertinggi antara pada bulan April akan dipilih sebagai pemenang.

    foodpanda turut menyediakan manfaant baharu seperti:

    • Pelan mudah alih 5G eksklusif dengan YES termasuk telefon percuma
    • Diskaun produk Samsung
    • Diskaun pelbagai peralatan rumah daripada TBM termasuk potongan tambahan
      5% untuk pembelian melebihi RM200
    • Bersama-sama dengan Timsun, rakan penghantaran kini boleh menikmati diskaun 15% untuk semua tayar
    • Untuk persiapan menjelang Hari Raya, rakan penghantaran layak menerima rawatan muka percuma bernilai RM335 daripada Beauty Library

    Layari laman web foodpanda Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured