Samsung dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar lipat terbaharunya iaitu Galaxy Tri-Fold yang dijangka menjadi telefon pertama mereka dengan bateri silikon-karbon. Teknologi baru ini dikatakan dapat meningkatkan kepadatan tenaga dan menawarkan kapasiti bateri sekitar 4,400mAh tanpa mengorbankan kenipisan peranti.
Ini menjadikannya lebih nipis berbanding model Galaxy Z Fold sebelumnya. Selain itu, bateri silikon-karbon ini dijangka memberikan keseimbangan antara ketahanan dan kepanjangan hayat bateri menjadikannya pesaing yang kuat terhadap model-model lain yang menawarkan kapasiti bateri lebih besar.
Galaxy Tri-Fold dijangka dilancarkan pada pertengahan kedua 2025 bersama dengan Galaxy Z Fold 7 dan berpotensi memperkenalkan inovasi baharu dalam kategori telefon pintar lipat. Samsung sedang berusaha untuk menyesuaikan reka bentuk peranti dengan pasaran yang semakin kompetitif terutamanya di China di mana peranti lipat semakin mendapat perhatian.
Dengan fokus kepada kenipisan dan kapasiti tenaga, Galaxy Tri-Fold mungkin menjadi titik perubahan dalam industri telefon pintar lipat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

