More

    Galaxy Tri-Fold mungkin jadi telefon pertama Samsung dengan bateri silikon-karbon

    Samsung dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar lipat terbaharunya iaitu Galaxy Tri-Fold yang dijangka menjadi telefon pertama mereka dengan bateri silikon-karbon. Teknologi baru ini dikatakan dapat meningkatkan kepadatan tenaga dan menawarkan kapasiti bateri sekitar 4,400mAh tanpa mengorbankan kenipisan peranti.

    Ini menjadikannya lebih nipis berbanding model Galaxy Z Fold sebelumnya. Selain itu, bateri silikon-karbon ini dijangka memberikan keseimbangan antara ketahanan dan kepanjangan hayat bateri menjadikannya pesaing yang kuat terhadap model-model lain yang menawarkan kapasiti bateri lebih besar.

    Sumber: X

    Galaxy Tri-Fold dijangka dilancarkan pada pertengahan kedua 2025 bersama dengan Galaxy Z Fold 7 dan berpotensi memperkenalkan inovasi baharu dalam kategori telefon pintar lipat. Samsung sedang berusaha untuk menyesuaikan reka bentuk peranti dengan pasaran yang semakin kompetitif terutamanya di China di mana peranti lipat semakin mendapat perhatian.

    Dengan fokus kepada kenipisan dan kapasiti tenaga, Galaxy Tri-Fold mungkin menjadi titik perubahan dalam industri telefon pintar lipat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured