Site icon TechNave BM

Gambar realme Race muncul di TENAA, tampilkan corak V di belakang

Sebelum ini, realme Race dilapor akan dilancarkan selepas perayaan Tahun Baru Cina dan kini kita sudah pun mendapat beberapa maklumat baru untuk peranti andalan (flagship) itu. Terbaru, laman web Telecommunication Equipment Network Acceptance Agency (TENAA) di China telah menunjukkan rekaan luaran telefon tersebut.

Sebuah pendaftaran peranti dengan nombor model RMX2202 telah dikesan dalam TENAA, di mana keseluruhan rupa peranti tersebut turut ditunjukkan. Telefon itu bakal mempunyai permukaan belakang berkilauan yang memaparkan corak pantulan cahaya berbentuk ā€œVā€.

Memandangkan pengimbas cap jari tidak kelihatan di bahagian belakang dan sisi, mungkin ia akan berada di dalam skrin. Spesifikasi awal yang dijangkakan untuk realme Race adalah cipset Snapdragon 888, RAM LPDDR5 sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, skrin 1440Ɨ3200 dengan kadar segar semula 160hz, pengecasan 125W serta tiga kamera termasuk kamera utama 64MP.

Kongsi pendapat anda tentang gambar realme Race ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version