More

    Gambar realme Race muncul di TENAA, tampilkan corak V di belakang

    Sebelum ini, realme Race dilapor akan dilancarkan selepas perayaan Tahun Baru Cina dan kini kita sudah pun mendapat beberapa maklumat baru untuk peranti andalan (flagship) itu. Terbaru, laman web Telecommunication Equipment Network Acceptance Agency (TENAA) di China telah menunjukkan rekaan luaran telefon tersebut.

    Sebuah pendaftaran peranti dengan nombor model RMX2202 telah dikesan dalam TENAA, di mana keseluruhan rupa peranti tersebut turut ditunjukkan. Telefon itu bakal mempunyai permukaan belakang berkilauan yang memaparkan corak pantulan cahaya berbentuk “V”.

    Memandangkan pengimbas cap jari tidak kelihatan di bahagian belakang dan sisi, mungkin ia akan berada di dalam skrin. Spesifikasi awal yang dijangkakan untuk realme Race adalah cipset Snapdragon 888, RAM LPDDR5 sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, skrin 1440×3200 dengan kadar segar semula 160hz, pengecasan 125W serta tiga kamera termasuk kamera utama 64MP.

    Kongsi pendapat anda tentang gambar realme Race ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured