Site icon TechNave BM

Gambar sebenar iPhone 12 dan iPhone 12 Pro! Ramai gilakan warna Graphite, Pacific Blue

Memandangkan tarikh jualan siri iPhone 12 semakin hampir, maka kita semestinya perlu menjangkakan gambar atau video yang lebih banyak tular mengenai siri iPhone terbaru ini. Terkini, sumber telah mendedahkan gambar sebenar iPhone 12 dan iPhone 12 Pro.

Melihat hanya di laman web sahaja semestinya tidak memuaskan. Gambar yang tular di Internet ini adalah gambar iPhone 12 dengan pilihan warna White, Black, Blue, Green dan (PRODUCT) RED. Manakala iPhone 12 Pro pula terpapar dengan pilihan warna Graphite, Silver, Gold dan Pacific Blue.

Warna yang paling menarik perhatian warganet adalah warna Graphite dan Pacific Blue memandangkan kedua-duanya adalah warna baharu dalam siri iPhone 12 ini.

iPhone 12
iPhone 12 Pro

Untuk pengetahuan anda, iPhone 12 mempunyai pilihan warna yang sama dengan iPhone 12 mini. iPhone 12 Pro pula mempunyai pilihan warna yang sama dengan iPhone 12 Pro Max. Warna mana pula yang menjadi pilihan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai spesifikasi dan harga siri iPhone 12 di Malaysia!

Sumber: IT Home

Exit mobile version