Site icon TechNave BM

Gambar terkini khabar angin reka bentuk Huawei P40 Pro

Terdahulu, khabar angin reka bentuk Huawei P40 Pro telah ditularkan dengan tetapan lima kamera. Khabar angin tersebut disertakan dengan gambar yang memperlihatkan reka bentuk segi empat yang dihuni lima kamera.

Terkini, Gizmochina menyatakan terdapat gambar khabar angin baru mengenai Huawei P40 Pro melalui RODENT950 dan 9TechEleven. Gambar tersebut memperlihatkan lensa penta kamera yang dikatakan terdiri daripada lensa utama ultra-lebar, lensa sin (cine), sensor ToF, lensa periskop dengan zum optikal 10x dan lensa telefoto (atau lensa ultra-lebar).

RODENT950 juga menyatakan bahawa kemungkinan siri Huawei P40 Pro akan dilancarkan lebih awal pada tahun 2020 berbanding siri P30 yang dilancarkan pada bulan September 2019.

Lakaran gambar Huawei P40 Pro

Anda ada khabar angin lain tentang Huawei P40 atau Huawei P40 Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gizmochina | 9TechEleven | RODENT950

Exit mobile version