More

    Reka bentuk kamera Huawei P40 Pro terbongkar – Dengan 5 tetapan kamera!

    Pada minggu yang lepas, bayangan yang ditemukan oleh @OnLeaks memberikan kita gambaran jelas tentang reka bentuk Huawei P40 dan P40 Pro. Hari ini, bayangan gambar menunjukkan reka bentuk P40 Pro yang dikuasai tetapan kamera Penta di panel belakang. Reka bentuk ini agak sama dengan reka bentuk siri Samsung Galaxy S20 yang bakal hadir.

    Berdasarkan gambar tersebut, peranti mempunyai reka bentuk segi empat sama yang dihuni 5 kamera di dalamnya. 4 lensa diletakkan di barisan atas yang sama dan satu lensa periskop terletak di sisi. Huawei P40 mungkin dilengkapi kamera utama Sony IMX686 64MP, lensa sudut ultra-lebar 20MP, kamera periskop 12MP dan lensa ToF.

    Reka bentuk kamera belakang Huawei P40 Pro

    Mengenai ciri teknologi lain, peranti mungkin dilengkapi cipset Kirin 990 5G yang hadir dengan kapasiti bateri besar 5500 mAh disokong oleh teknologi pengecasan pantas SuperCharger 50W. Pemblog teknologi, RODENT950 juga menyatakan bahawa peranti bakal mempunyai paparan 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Peranti akan dikuasakan oleh EMUI 10 berasaskan Android 10.

    Apa pun, masih tiada maklumat rasmi berkenaan ciri dan spesifikasi teknologi peranti. Jadi, ambillah maklumat ini sebagai bayangan sahaja. Adakah anda tidak sabar untuk melihat tetapan kamera Penta? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan lebih berita terkini di TechNaveBM.com.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...