Site icon TechNave BM

Garmin Venu SQ dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar GPS tahan sehingga 6 hari, harga bermula RM999

Terkini, Garmin Malaysia telah mengumumkan secara rasmi keberadaan Garmin Venu SQ dan Garmin Venu SQ Music Edition di pasaran Malaysia. Jam tangan pintar GPS bergaya ini mula ditawarkan pada harga RM999.

Untuk pengetahuan anda, Garmin Venu SQ hadir dengan penawaran spesifikasi menarik seperti paparan LCD Always-on-Display yang dilitupi Corning Gorilla Glass 3, bezel aluminium ringan dan ketahanan bateri yang mampu bertahan sehingga 6 hari.

Lebih menarik, Garmin Venu SQ hadir dengan varian Music Edition yang menyokong muat turun muzik di jam tangan pintar anda. Selain RAM 4GB, varian ini mempunyai spesifikasi lain yang sama dengan varian standardnya. Anda boleh menyemak spesifikasi standardnya seperti di bawah.

Kesmua varian boleh mula didapati di Lazada, Shopee, AECO Online Shop dan mana-mana pengedar sah Garmin. Anda boleh mendapatkan tali jam tangan edisi khas Batik yang direka oleh Seza Zulkeple (sementara stok masih ada).

Garmin Venu SQ Music Moss/Slate
Garmin Venu SQ Music Navy/Light Gold
Garmin Venu SQ White/Light Gold
Garmin Venu SQ
Garmin Venu SQ Music Black/Slate

Harga Garmin Venu SQ dalam pilihan warna Shadow Gray/Slate, White/Light Gold, Orchid/Metallic Orchid adalah RM999. Manakala Garmin Venu SQ Music dengan pilihan warna Black/Slate, Light Sand/Rose Gold, Navy/Light Gold, Moss/Slate berharga RM1,250. Maklumat lanjut spesifikasi di pautan ini.

Anda boleh mengunjungi jerayawara (roadshow) yang sedang berlangsung sehingga 4 Oktober 2020 di iOi City Mall (Putrajaya) dan berpeluang menemui duta Garmin Malaysia, Aliff Satar pada 4 Oktober ini.

Adakah anda berminat dengan jam tangan pintar GPS ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version