More

    Garmin Venu SQ dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar GPS tahan sehingga 6 hari, harga bermula RM999

    Terkini, Garmin Malaysia telah mengumumkan secara rasmi keberadaan Garmin Venu SQ dan Garmin Venu SQ Music Edition di pasaran Malaysia. Jam tangan pintar GPS bergaya ini mula ditawarkan pada harga RM999.

    Untuk pengetahuan anda, Garmin Venu SQ hadir dengan penawaran spesifikasi menarik seperti paparan LCD Always-on-Display yang dilitupi Corning Gorilla Glass 3, bezel aluminium ringan dan ketahanan bateri yang mampu bertahan sehingga 6 hari.

    Lebih menarik, Garmin Venu SQ hadir dengan varian Music Edition yang menyokong muat turun muzik di jam tangan pintar anda. Selain RAM 4GB, varian ini mempunyai spesifikasi lain yang sama dengan varian standardnya. Anda boleh menyemak spesifikasi standardnya seperti di bawah.

    • Sokongan tahan air ATM 5
    • Ketahanan bateri: Smart Mode (6 hari), GPS Mode (14 jam)
    • Ciri penjejakan kesihatan: Pulse Ox Sensor, pengesanan degup jantung, kemudahan merekod kitaran haid
    • Lebih 20 aplikasi sukan terbina dalam
    • Pengubahsuaian latar belakang
    • Sokongan muzik (Garmin Venu SQ Music Edition)
    • Menyokong Spotify, Deezer dan Amazon Music
    • Menyokong ciri Smart Notifications
    • Sokongan ciri Garmin Coach

    Kesmua varian boleh mula didapati di Lazada, Shopee, AECO Online Shop dan mana-mana pengedar sah Garmin. Anda boleh mendapatkan tali jam tangan edisi khas Batik yang direka oleh Seza Zulkeple (sementara stok masih ada).

    Garmin Venu SQ Music Moss/Slate
    Garmin Venu SQ Music Navy/Light Gold
    Garmin Venu SQ White/Light Gold
    Garmin Venu SQ
    Garmin Venu SQ Music Black/Slate

    Harga Garmin Venu SQ dalam pilihan warna Shadow Gray/Slate, White/Light Gold, Orchid/Metallic Orchid adalah RM999. Manakala Garmin Venu SQ Music dengan pilihan warna Black/Slate, Light Sand/Rose Gold, Navy/Light Gold, Moss/Slate berharga RM1,250. Maklumat lanjut spesifikasi di pautan ini.

    Anda boleh mengunjungi jerayawara (roadshow) yang sedang berlangsung sehingga 4 Oktober 2020 di iOi City Mall (Putrajaya) dan berpeluang menemui duta Garmin Malaysia, Aliff Satar pada 4 Oktober ini.

    Adakah anda berminat dengan jam tangan pintar GPS ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured