Site icon TechNave BM

GoCar kurangkan kadar perkongsian kereta GoEV dan tambah 2 lokasi baharu

GoCar Malaysia telah melaksanakan servis perkongsian kereta elektrik GoEV lebih mampu milik menerusi pelaksanaan kadar baharu. Kadar jam telah dikurangkan hampir 30% manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke atas kini jimat hampir 50%.

Kadar jam untuk GoEV Share kini adalah RM17.90 (turun daripada RM24.90 sejam) untuk tawaran pergi balik. GoCar juga telah mengurangkan kadar harian kepada RM179 berbanding RM249 sehari. Kadar untuk tempahan jangka masa panjang iaitu 30 hari dan ke atas kini adalah RM120 sehari dan bukan lagi RM232. 

Tempoh tempahan Jam – 2 hari3 hari & ke atas7 hari & ke atas14 hari & ke atas30 hari & ke atas
KadarBermula RM17.90/jam 
Bermula RM179/hari
Bermula RM129/hariBermulaRM125/hariBermulaRM123/hariBermulaRM120/hari

GoCar turut menambah dua zon baharu di IOI City Mall (Level P1, di antara tiang F7 dan F8) dan 1 Mont Kiara (Zone C5, Level P3, Bay 162-164). Lokasi sedia ada termasuklah GoCar Petaling Jaya Hub, GoCar Lot92 Cuba Beli Chow Kit, Avenue K KLCC, ERL Station KL Sentral, The LINC KL Jalan Tun Razak, MidValley Megamall, MyTown Cheras, Nissan/Renault ETCM Glenmarie dan 163 Retail Park Mont Kiara.

Dengan GoEV, pengguna boleh menikmati ketenangan fikiran ketika memandu sebuah EV di bandar atas sebab-sebab berikut: 

Untuk menempah GoEV Share, anda boleh klik ‘muat turun‘ pada aplikasi GoCar. Sekiranya anda berminat mengenai GoEV dan GoCar Malaysia, layari laman web rasmi GoCar serta ikuti saluran FacebookInstagramYouTube dan Twitter GoCar Malaysia. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version