More

    GoCar kurangkan kadar perkongsian kereta GoEV dan tambah 2 lokasi baharu

    GoCar Malaysia telah melaksanakan servis perkongsian kereta elektrik GoEV lebih mampu milik menerusi pelaksanaan kadar baharu. Kadar jam telah dikurangkan hampir 30% manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke atas kini jimat hampir 50%.

    Kadar jam untuk GoEV Share kini adalah RM17.90 (turun daripada RM24.90 sejam) untuk tawaran pergi balik. GoCar juga telah mengurangkan kadar harian kepada RM179 berbanding RM249 sehari. Kadar untuk tempahan jangka masa panjang iaitu 30 hari dan ke atas kini adalah RM120 sehari dan bukan lagi RM232. 

    Tempoh tempahan Jam – 2 hari3 hari & ke atas7 hari & ke atas14 hari & ke atas30 hari & ke atas
    KadarBermula RM17.90/jam 
    Bermula RM179/hari
    Bermula RM129/hariBermulaRM125/hariBermulaRM123/hariBermulaRM120/hari

    GoCar turut menambah dua zon baharu di IOI City Mall (Level P1, di antara tiang F7 dan F8) dan 1 Mont Kiara (Zone C5, Level P3, Bay 162-164). Lokasi sedia ada termasuklah GoCar Petaling Jaya Hub, GoCar Lot92 Cuba Beli Chow Kit, Avenue K KLCC, ERL Station KL Sentral, The LINC KL Jalan Tun Razak, MidValley Megamall, MyTown Cheras, Nissan/Renault ETCM Glenmarie dan 163 Retail Park Mont Kiara.

    Dengan GoEV, pengguna boleh menikmati ketenangan fikiran ketika memandu sebuah EV di bandar atas sebab-sebab berikut: 

    • Jarak yang sesuai untuk pemanduan di bandar. Kebanyakan kereta GoEV adalah model Nissan Leaf dilengkapi bateri 40kWh yang menawarkan jarak perjalanan maksimum sejauh of 311km dengan sekali caj. 
    • Janaan semula kuasa menerusi brek regeneratif. Motor elektrik Leaf berkuasa 320Nm menawarkan pecutan pantas (0-100km/j dalam masa 7.9 saat). Ia hadir dengan ciri brek regeneratif yang turut menambah semula kuasa kepada bateri untuk meningkatkan jarak perjalanan kenderaan.
    • Peningkatan jarak dengan e-Pedal. Pemandu juga boleh meningkatkan jumlah brek regeneratif dengan menggunakan e-Pedal atau B-mode apabila menuruni bukit juga boleh meningkatkan jarak brek regeneratif.
    • Pengecasan AC percuma dengan kad chargEV. Setiap kereta GoEV hadir dengan kad chargEV (diletakkan di pelindung matahari) yang diberikan secara percuma oleh GoCar. Pengguna GoEV tidak perlu mendaftar dan membayar yuran keahlian tahunan chargEV tetapi pengecasan pantas DC (CHAdeMO dan CCS2) akan dikenakan caj berdasarkan kepada kadar chargEV. 
    • Padanan pengecasan. Nissan Leaf hadir dengan penyambung Type 1 dan kebanyakan pengecas AC di Malaysia menggunakan outlet pengecasan Type 2. GoCar ada menyediakan penyambung Type-2 untuk Type-1 EV yang boleh didapati pada kabel pengecasan Leaf di dalam but setiap kenderaan GoEV.
    • Lihat lokasi GoEV dan stesen pengecasan JomCharge dengan mudah melalui satu aplikasi. Pengguna GoEV kini boleh melihat lokasi pengecasan dan kebolehdapatan GoEV serta platform JomCharge secara terus di aplikasi mudah alih GoCar. 

    Untuk menempah GoEV Share, anda boleh klik ‘muat turun‘ pada aplikasi GoCar. Sekiranya anda berminat mengenai GoEV dan GoCar Malaysia, layari laman web rasmi GoCar serta ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured