Site icon TechNave BM

Google Pixel 10 Pro Fold dilancar di Malaysia: Skrin lipat 8″, bateri 30+ jam, Tensor G5 bermula RM7,999

Selepas bertahun-tahun kita dipinggirkan, akhirnya Google memperkenalkan telefon lipatnya yang pertama untuk pasaran Malaysia dengan melancarkan Google Pixel 10 Pro Fold pada hari ini. Seperti siri Pixel 10 yang lain, ia mempunyai cipset Tensor G5 dan fungsi-fungsi AI terkini, namun ia mempunyai skrin besar yang boleh dilipat dan memberikan pengalaman mirip tablet.

Ia mempunyai skrin Super Actua Flex Display yang berukuran 8 inci dan boleh dilipat. Ia dibuat dengan kaca ultra-nipis dan dua lapisan anti-impak untuk perlindungan jatuh. Ia juga mempunyai engsel yang direka khas supaya ia boleh bertahan sehingga 10 tahun, serta rating kalis air IP68 untuk melindunginya daripada simbahan air atau semburan debu.

Dengan skrin yang lebih besar, ia membenarkan anda gunakan Split Screen iaitu fungsi untuk buka dua aplikasi serentak. Saiz aplikasi ini boleh diubah mengikut kesukaan anda, malah anda boleh seret-dan-letak (drag-and-drop) fail di antara dua aplikasi yang sedang dibuka.

Di luar, ia mempunyai skrin 6.4 inci. Kedua-dua skrin mempunyai kecerahan puncak sehingga 3,000 nits bagi memudahkan anda melihatnya di bawah cahaya terik.

Baterinya berkapasiti 5,015mAh yang boleh bertahan lebih 30 jam dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 30W yang boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 30 minit. Ia juga menyokong pengecasan wayarles sehingga 15W.

Cipsetnya menggunakan Tensor G5 yang menawarkan prestasi laju untuk segala kegunaan, termasuklah fungsi-fungsi AI terkini yang ditawarkan dalam semua siri Pixel 10 seperti Gemini Live, Magic Cue dan Daily Hub. Ia juga menawarkan fungsi fotografi seperti Add Me, Best Take dan Camera Coach.

Berikut adalah spesifikasi penuh Pixel 10 Pro Fold:

Pra-tempahan akan dibuka bermula 21 Ogos, manakala penjualan rasmi akan bermula pada 9 Oktober 2025. Anda boleh layari laman web Google untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memilikinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version