More

    Google Pixel 10 Pro Fold dilancar di Malaysia: Skrin lipat 8″, bateri 30+ jam, Tensor G5 bermula RM7,999

    Selepas bertahun-tahun kita dipinggirkan, akhirnya Google memperkenalkan telefon lipatnya yang pertama untuk pasaran Malaysia dengan melancarkan Google Pixel 10 Pro Fold pada hari ini. Seperti siri Pixel 10 yang lain, ia mempunyai cipset Tensor G5 dan fungsi-fungsi AI terkini, namun ia mempunyai skrin besar yang boleh dilipat dan memberikan pengalaman mirip tablet.

    Ia mempunyai skrin Super Actua Flex Display yang berukuran 8 inci dan boleh dilipat. Ia dibuat dengan kaca ultra-nipis dan dua lapisan anti-impak untuk perlindungan jatuh. Ia juga mempunyai engsel yang direka khas supaya ia boleh bertahan sehingga 10 tahun, serta rating kalis air IP68 untuk melindunginya daripada simbahan air atau semburan debu.

    Dengan skrin yang lebih besar, ia membenarkan anda gunakan Split Screen iaitu fungsi untuk buka dua aplikasi serentak. Saiz aplikasi ini boleh diubah mengikut kesukaan anda, malah anda boleh seret-dan-letak (drag-and-drop) fail di antara dua aplikasi yang sedang dibuka.

    Di luar, ia mempunyai skrin 6.4 inci. Kedua-dua skrin mempunyai kecerahan puncak sehingga 3,000 nits bagi memudahkan anda melihatnya di bawah cahaya terik.

    Baterinya berkapasiti 5,015mAh yang boleh bertahan lebih 30 jam dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 30W yang boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 30 minit. Ia juga menyokong pengecasan wayarles sehingga 15W.

    Cipsetnya menggunakan Tensor G5 yang menawarkan prestasi laju untuk segala kegunaan, termasuklah fungsi-fungsi AI terkini yang ditawarkan dalam semua siri Pixel 10 seperti Gemini Live, Magic Cue dan Daily Hub. Ia juga menawarkan fungsi fotografi seperti Add Me, Best Take dan Camera Coach.

    Berikut adalah spesifikasi penuh Pixel 10 Pro Fold:

    • Skrin luaran OLED 6.4 inci, resolusi 1080×2364, nisbah aspek 20:9, kadar segar semula 60-120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, kaca Gorilla Glass Victus 2
    • Skrin utama OLED 8 inci, resolusi 2076×2152, kadar segar semula 1-120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, kaca Ultra Thin Glass
    • Cipset Tensor G5, Titan M2
    • RAM 16GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 10.5MP + kamera telefoto 10.8MP dengan zum optikal 5x
    • Kamera hadapan 10MP
    • Bateri 5,015mAh
    • Pengecasan 30W, boleh cas 50% dalam masa 30 minit
    • Pengecasan wayarles 15W
    • Port USB-C 3.2
    • Pembesar suara stereo, 3 mikrofon
    • Sistem operasi Android 16, akan menerima kemas kini selama 7 tahun
    • Fungsi Google AI: Gemini Nano, Gemini, Pixel Screenshots, Magic Cue, Circle to Search, Live Translate, Clear Calling
    • Rating kalis air IP68
    • Menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth v6
    • Harga: bermula RM7,999

    Pra-tempahan akan dibuka bermula 21 Ogos, manakala penjualan rasmi akan bermula pada 9 Oktober 2025. Anda boleh layari laman web Google untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memilikinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured