Site icon TechNave BM

Google sahkan Pixel 8 tidak akan mendapat Gemini Nano

Siri Google Pixel 8 mempunyai perkakasan yang hampir sama kecuali kapasiti RAM. Kini, Google telah mendedahkan bahawa Pixel 8 standard tidak akan mendapat Gemini Nano iaitu versi terkecil model AI yang diumumkan Disember lalu.

Terence Zhang, jurutera perhubungan pembangun di Google mendedahkan bahawa ini adalah kerana had perkakasan telefon pintar itu (Pixel 8). Gemini Nano boleh beroperasi pada Pixel 8 Pro dan siri Galaxy S24. Model AI menawarkan ciri seperti Ringkas dalam aplikasi Rakaman, Balasan Pintar dalam Gboard, WhatsApp dan peningkatan fotografi tanpa sambungan rangkaian.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli peranti Pixel 8, anda mungkin perlu memikirkan perkara ini. Google juga mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha untuk melanjutkan keserasian Gemini Nano kepada lebih banyak peranti mewah.

Baru-baru ini pembuat cip MediaTek turut mengumumkan perkongsiannya dengan Google untuk mengoptimumkan Gemini Nano untuk cip Dimensiy 9300 dan 8300. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version