More

    Google Pixel 8 dan Pixel 8 Pro dilancar: Tensor G3, kamera 50MP dan kemas kini OS 7 tahun bermula ~RM3,307

    Semalam, Google telah melancarkan dua peranti baharu iaitu Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Acara pelancaran terbaru Google Pixel menampilkan beberapa pengumuman penting mendedahkan peningkatan ketara.

    Bermula dengan Pixel 8 Pro, ia dilengkapi dengan cipset Tensor G3 dan sistem kamera belakang yang ditingkatkan termasuk sensor utama 50MP, sensor telefoto 48MP dengan zum 5x dan kamera ultralebar 48MP. Pixel 8 Pro juga memperkenalkan ciri Zoom Enhance untuk penambahbaikan butiran gambar semasa zum.

    Ia dilengkapi dengan pembaca suhu untuk mengukur pelbagai permukaan dan objek dengan kemungkinan kehadiran pengukuran suhu badan pada masa hadapan. Telefon ini mengekalkan paparan 6.7 inci dengan teknologi LTPO dan kecerahan puncak 2,400 nits. Harganya bermula dari $999 (~RM4,726), boleh ditempah awal dan penghantaran bermula pada 12 Oktober 2023.

    Kemudian, Pixel 8 mendapat peningkatan prestasi daripada cipset Tensor G3 Google dan mempunyai paparan OLED 6.2 inci yang kecil sedikit. Ia menawarkan kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan puncak 2,000 nits. Sistem kameranya termasuk kamera utama 50MP dan kamera ultralebar 12MP.

    Sama seperti Pixel 8 Pro, kedua-duanya akan mempunyai akses kepada ciri penyuntingan kuasa AI yang baru dalam Google Photos. Harga permulaan bagi Pixel 8 adalah $699 (~RM3,307) atau $799 (~RM3,780) dari Verizon. Pra-pesanan boleh dilakukan, dengan penghantaran bermula pada 12 Oktober ini.

    Google menjanjikan untuk menyediakan tujuh tahun kemas kini sistem operasi (OS), keselamatan dan ciri untuk kedua-dua model Pixel 8 atau dengan kata lain, ia menyambung sokongan sehingga tahun 2030. Ini merupakan peningkatan yang ketara daripada model Pixel sebelumnya yang hanya menawarkan sehingga lima tahun kemaskini keselamatan dan tiga tahun kemaskini Android.

    Selain itu, Google memperkenalkan Assistant dengan Bard, versi pembantu peribadi yang diperkukuh AI, yang akan datang ke Android dan iOS dalam beberapa bulan yang akan datang. Ia akan berintegrasi dengan aplikasi Google seperti Gmail dan Docs, membantu pengguna dalam tugas seperti mencipta kapsyen gambar, membuat senarai beli-belah, dan mencari maklumat dalam peti masuk e-mel.

    Malangnya, telefon ini tidak dibawa ke pasaran Malaysia. Oleh itu, sekiranya anda ingin membelinya, anda boleh membuat pesanan melalui laman web rasmi Google Store. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured