Site icon TechNave BM

Google sahkan versi Android akan datang tawarkan sokongan sambungan satelit

Sambungan satelit telah muncul menjadi isu popular terkini dalam industri telefon pintar. Jika anda masih tidak tahu apa itu, ia membolehkan anda memanggil atau menghantar teks apabila anda berada di suatu tempat yang menghalang sambungan ke rangkaian. 

Google telah mengesahkan ia akan membawa sambungan ini pada peranti Android seterusnya yang mungkin menjadi ciri biasa menjelang tahun depan. HUAWEI juga telah memperkenalkan versinya sendiri manakala Apple dikhabarkan akan membawa ciri tersebut pada iPhone seterusnya.

Naib Presiden Kanan Platform & Ekosistem Google, Hiroshi Lockheimer memberi pengesahan tentang berita ini mendakwa bahawa pasukan Android sedang “mereka bentuk untuk satelit” dan ia akan ditambahkan pada “versi Android seterusnya”. Ia mungkin akan dilancarkan pada penggal ketiga tahun 2023.

Menurut Elon Musk, sambungan satelit boleh menyokong “satu hingga dua ribu panggilan suara serentak atau ratusan ribu mesej teks yang boleh dihantar bergantung pada panjang mesej teks.” Ciri ini sangat berguna ketika kecemasan yang mungkin membantu sesetengah pihak ketika berada dalam situasi yang tidak diinginkan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version