More

    Siri HUAWEI Mate 50 bakal dilancar, miliki sokongan komunikasi satelit

    Sebelum ini, terdapat khabar angin mengenai siri HUAWEI Mate 50 yang mampu menyokong komunikasi satelit dan kini, HUAWEI telah mengesahkan khabar angin tersebut dengan mengeluarkan poster promosi mengenainya. Poster menuliskan “Isyarat melampaui asas dan komunikasi disambungkan pada setiap masa”.

    Mempunyai komunikasi satelit adalah perkara yang menakjubkan bagi sebuah telefon pintar. Pengguna dapat menggunakan perkhidmatan SMS kecemasan di mana bagi peranti HUAWEI, perkhidmatan SMS akan disokong oleh sistem Beidou seperti yang dikatakan oleh seorang penganalisis Tianfeng International.

    Pada 26 Ogos lalu, HUAWEI telah menghantar model peranti untuk ujian kaedah dan komunikasi satelit. Nampaknya, ia telah melepasi ujian tersebut dan akan dilancarkan pada 6 September 2022 iaitu pada hari esok.

    Terdapat beberapa ciri baharu yang akan diumumkan seperti pemproses imej baharu yang dipanggil XMAGE bersama lensa apertur 6 bilah untuk salah satu kamera belakang. Siri Mate 50e pula akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 778G manakala Mate 50 akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 4G.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...